Minggu kedua praktikum = Lalalala (macam nyanyi lagu I Drive Myself Crazy) haha :P
Saya sibuk. Saya pening. Saya suke. Saya sayur....aloha!!
Kejelekitan bersama murid = mantap
Kejelekitan bersama cikgu = getting better :D
Kejelekitan bersama pakcik, abang , akak, pembantu am rendah = beres ^_^
Cuma belum berapa nak jelekit dengan tugasan sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Tanpa adanya guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, (yang baru je berpindah kerana naik pangkat), saya mengaku agak tertekan.
Namun, apa yang ada tu, masih dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya. Yang termampu, yang terbaik. Apa pun, dalam minggu pertama praktikum, saya dan Vanita sempat buat satu program yang kami namakan "Eksplorasi Diri" - Alhamdulillah :D
-------------------------
Banyaknya tugas kaunselor. Ialah, sebab menjalankan perkhidmatan. Borang itu, borang ini. Kad, carta, maklumat kerjaya, belajar, rekod, fail dan solusi kepada masalah murid. Ia tak seperti mengajar di kelas. Sekarang, saya wajib menjalankan keduanya. Robbi, capek benar.
Dalam kegawatan itu, saya sudah keluar promosi di perhimpunan, jadi jurulatih bola jaring, dan insyAllah menjadi emcee untuk Sukan Tahunan Sekolah.
Menulis: mencari kelemahan dan kekuatan diri. Makin berjalan, makin nampak peluang. Makin berjuang, makin nampak mehnah. Makin berlari, terlihat banyak kelemahan untuk diatasi. Makin berusaha, rasa makin mengenal diri. Makin belajar, terasa diri belum cukup ilmu.
Saya berusaha sebaiknya. Buang TM = Tangguh dan Malas. Robbi, kumohon kemudahan untuk tiap urusanku. Ameen. Selamat berjaya juga kepada kawan-kawanku yang lain.
------------------------------
Ada masa, masak di rumah. Masak biasa-biasa. Tanpa TV, tiada peti ais, tiada mesin basuh. Tiada juga kereta. Along masih berdikari mak. Along berusaha untuk sentiasa tabah, ayah. Anakmu akan terus menjadi Along yang terbaik. Biar ada kelemahan di mana-mana, doa kalian adalah azimat perjuangan yang sinar ;)
2 comments:
chaiyok2!!! mantap cikgu...!!! dr jauh sy mengikuti perkembangan...moga kiter berkesempatan berjumpa...syg sll.. =)
huh? siapakah itu?
Post a Comment